Tuesday, September 21, 2021

Wanita menari dengan tengkorak manusia, anjing di perkuburan

Mesti baca

HULL: Foto seorang wanita memakai pakaian biarawati, menari dengan tengkorak manusia dan anjing di tanah perkuburan di England menjadi tular dan menimbulkan tanda tanya netizen baru-baru ini.

Menurut laporan, imej ini dirakam oleh pemandu di Spring Bank West berdekatan Tanah Perkuburan Awam Hull.

Tanah perkuburan itu sudah tidak lagi digunakan untuk tujuan pengebumian sejak 50 tahun lalu.

Orang ramai yang turut menyaksikan telatah wanita itu memberitahu media mereka melihat wanita itu berdiri bersendirian di tanah perkuburan tersebut yang terletak tidak jauh dari sekolah.

Dia kemudiannya dilihat menari dengan tengkorak.

Perbuatan peliknya itu mendapat perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ sehingga mereka menghentikan kereta semata-mata mahu melihatnya.

Selain penduduk Hull, netizen juga mempunyai pelbagai komen motif wanita tersebut.

Segelintir dari mereka berpendapat ia mungkin merupakan sebahagian daripada projek seni dan hiburan.

Biarpun begitu, sama ada ia satu babak lakonan, atau dilakukan untuk kepuasan diri, yang pasti ia menyebabkan ramai orang tersentap, lapor Ary.news.

Secara Rawak

Artikel Terbaru