Tuesday, September 21, 2021

Sembilan meninggal di Sarawak, Kuching terus teratas dari segi jangkitan

Mesti baca

KUCHING: Daripada 1,983 kes direkodkan di Sarawak hari ini, sebanyak 99.7 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala hanya 6 kes atau 0.3 peratus adalah daripada kategori 3,4 dan 5.

Ini  sekali gus membayangkan bahawa suntikan vaksin telah berjaya menyelamatkan individu terbabit daripada terkena jangkitan teruk.

Dengan pertambahan kes hariasn itu, Sarawak kini mencatatkan jumlah keseluruhan 162,303 kes setakat ini.

Kuching terus di tangga teratas dengan 561 kes, Bintulu (355), Serian (257), Sibu (145), Miri (88), Sri Aman (73), Lubok Antu (59),  Bau (48), Tebedu (48), dan Saratok (42).

Jelas JPBNS, L imbang 36, Belaga (36), Kapit (31), Subis (31), Pusa (28), Sarikei (23), Simunjan (17), Samarahan (15), Song (915), Tatau (14) dan Betong (12).

Katanya, Meradong lapan kes, Lundu (7), Sebauh (6), Selangau (6), Lawas (5), Beluru (4), Telang Usan (4), Bukit Mabong (3), Asajaya (2), Mukah (1), dan Julau (1).

Sementara itu, terdapat sembilan kematian hari ini membabitkan mereka berusia antara 51 tahun hingga 89 tahun.

Dua orang meninggal di Kuching, Sri Aman (2), Miri (1), Tatau (1), Sibu (1), Serian (1),  dan Bintulu (1).

Semua korban menghidap penyakit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru