Sunday, September 19, 2021

RTP: Masalah air melimpah diselesaikan segera

Mesti baca

BUNGIN: Sebanyak RM2 juta peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Adun Saribas digunakan untuk projek naik taraf ban dan parit bagi menyelesaikan masalah air melimpah sehingga menjejaskan kediaman penduduk.

Adunnya Mohammad Razi Sitam memberitahu, banyak kampung di Dun Saribas memerlukan perhatian serius tentang isu ban dan parit.

“Justeru bagi mengurangkan kesan banjir kilat atau air melimpah di kawasan kampung, saya membelanjakan RM2 juta dana RTP untuk menaik taraf ban dan parit yang tidak berfungsi,” katanya. B

eliau berkata demikian selepas menyempurnakan simbolik penyerahan tawaran kerja projek naik taraf ban di Kampung Bungin, semalam. Jelasnya, kesemua projek naik taraf ban dan parit dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Katanya lagi, pemilihan kontrak dilakukan secara cabutan undi. Menyentuh lanjut kerja projek naik taraf ban di Kampung Bungin, Razi menjangkakan projek bermula hujung tahun ini.

“Ban di Kampung Bungin rosak akibat rempuhan air pasang besar sebelum ini kawasan kediaman penduduk dan menjejaskan kehidupan mereka. “Maka, peruntukan RM250,000 akan digunakan untuk membina pintu air (pintu kepak berkembar) bagi mengawal kemasukan air ketika pasang besar.

“Selain itu, tambahan RM200,000 daripada jawatankuasa penyelenggaraan bencana akan digunakan untuk membina pintu air baharu di sebelah hilir Kampung Bungin, yang mengawal urus aliran air dari sebelah darat yang banyak terkesan apabila musim hujan lebat,” ujarnya.

Sebelum ini tambahnya, kerajaan telah membina pembentung baharu di dua lokasi jalan area Kampung Bungin untuk menambah baik sistem aliran tersebut. “Saya berharap kesemua tindakan yang diambil dapat mengurangkan masalah yang dihadapi ketika air pasang besar dan musim hujan setiap tahun.

“Kontraktor yang diamanah untuk melaksanakan projek-projek tersebut perlu mempercepat dan melaksanakan kerjakerja dengan baik,” tegasnya. Beliau sempat singgah di Kampung Serembang menyerahkan projek yang sama juga bernilai RM250,000.

Untuk fasa pertama tambah Razi, kerja menaik taraf ban dan parit turut dimulakan di Kampung Mangut, Supa, Tanjung Assam, Belingan dan Sebemban.

Secara Rawak

Artikel Terbaru