Tuesday, September 21, 2021

Rakyat, negara dapat keuntungan daripada MoU kerajaan, PH

Mesti baca

KUCHING: Umno berharap rakyat dan negara mendapat keuntungan  daripada Perjanjian Persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang melalui dasar yang dilaksanakan dan kestabilan yang tercapai, jikapun untuk seketika, kata Ketua Penerangannya  Shahril Hamdan.

Kedua, jelasnya, hal PH itu biarlah wakil PH yang hujahkan, sama ada mereka mahu dilihat matang, berkorban demi rakyat atau naratif lain – masih belum jelas setakat ini.

Tetapi dari sudut Umno dan BN,  menurut beliau, ia mampu mendapat kelebihan kerana buat ketika ini Kerajaan pimpinan Umno diberi ruang mentadbir.

“Jika orang lain mahu menyokong pentadbiran Umno atas sebab mereka sendiri, dan selagi kita boleh merasionalkan tuntutan mereka tidak mencederakan rakyat atau melangkaui batasan parti, kita uruskan-lah ke arah kelebihan sendiri juga,” katanya dalam satu kenyataan.

“Apa-apa pun, segalanya masih tertakluk kepada prestasi Kerajaan dan pengadilan rakyat. Persefahaman apa sekalipun, jika Kerajaan tidak menggunakan peluang yang ada berkhidmat dengan baik, Umno juga yang akan dihukum PRU15. Namun, jika Kerajaan berprestasi cemerlang, imej Umno juga meningkat,’  jelasnya.

Jadi bagi orang Umno,  tambahnya, ada baik kiranya memberi peluang dan ruang melihat sebarang persefahaman yang memperkuat kedudukan Kerajaan pimpinan Umno sekali gus mampu membantu meningkatkan kebarangkalian prestasi yang baik.

Secara Rawak

Artikel Terbaru