Tuesday, September 21, 2021

Pusat sokongan sosial amat diperlukan  dalam masyarakat

Mesti baca

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah meluangkan masa melawat Home Shelter Divine With Society (DWS) yang di bawah naungan Lions Club of Kuching Oriental pada Selasa.

DWS adalah sebuah Organisasi Bukan Berorientasikan Keuntungan (NPO) yang menjadi tumpuan masyarakat serta ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015 terlibat secara aktif di dalam projek penjagaan kesihatan dan membaik pulih desa khususnya kepada masyarakat Luar Bandar Sarawak.

Sementara itu, Dato Sri Fatimah Abdullah memberitahu, DWS merupakan tempat perlindungan di bawah satu tempat yang menjalankan pelbagai perkhidmatan kepada komuniti, hasil jalinan kerjasama badan profesional seperti doktor, peguam, pembangun hartanah serta kerjasama rakan strategik iaitu Lions Club of Kuching Oriental.

Tambah beliau lagi, DWS bukan sahaja untuk warga emas, malah ia juga sebagai tempat perlindungan mangsa bencana dan juga keganasan rumah tangga bagi belia di negeri ini.

“Dalam proses menuju negeri maju, kita tidak boleh lupa dengan sistem sokongan sosial yang diperlukan oleh masyarakat, jadi DWS satu tempat di mana pelbagai perkhidmatan disediakan dan dinikmati oleh kumpulan yang rentan dalam sebuah masyarakat itu,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di situ pada Selasa.

Dalam kesempatan itu juga, Dato Sri Fatimah Abdullah merakamkan ucapan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan perkhidmatan kepada komuniti tersebut.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, Lo Khere Chiang, Setiausaha Tetap KWKPK, Dr Rashidah Bolhassan, Pengerusi DWS Kuching, Anthony Bong, Penderma Pusat DWS, Dato Sim Kiang Chiok dan Sim Meng Chiok.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru