Sunday, September 19, 2021

Operasi cari mangsa tertimbus diteruskan malam tadi

Mesti baca

BAU: Operasi mencari mangsa yang ditimbus batu di sebuah tapak kuari di Jalan Tanjung Durian, Siniawan di sini diteruskan pada waktu malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem berkata kerja-kerja mengalih batu ditangguhkan pada jam 4.45 petang semalam akibat hujan lebat dilokasi dan bersambung semula pada jam 5.30 petang.

Katanya, sebuah jentera digerakkan bagi menebuk batuan besar untuk memasang bom untuk memecahkan batu-batu ke lokasi batu besar yang menghempap mangsa.

“Pada jam 6 petang, batu diletupkan bagi membuka laluan ke arah tempat mangsa tertimbus.

“Sehingga jam 7.50 malam, kerja-kerja memindahkan batu masih lagi giat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, mangsa, operator jengkaut 49 tahun bersama jentera ditimbus runtuhan batu di tapak kuari berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 3.18 petang ketika mangsa membuat kerja meratakan batu di tapak kuari.

Secara Rawak

Artikel Terbaru