Tuesday, September 21, 2021

Mangsa tertimbus di kuari berjaya dikeluarkan

Mesti baca

BAU: Operator jentolak yang ditimbus runtuhan kuari di Jalan Tanjung Durian, Siniawan di sini telah berjaya dikeluarkan tengah hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Lingem berkata, jentera jengkaut yang menjalankan kerja pembersihan tapak berjaya mengorek dan menjumpai sebahagian tempat duduk operator mangsa tertimbus.

Beliau berkata, anggota penyelamat telah diarah untuk menjalankan kerja-kerja penyelamatan dengan mengeluarkan peralatan RTA untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Pada jam 12.23 tengah hari, mangsa berjaya dikeluarkan dari jengkaut dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, operasi mencari mangsa yang ditimbus runtuhan batu bersambung semula pada jam 8.45 pagi tadi.

Pada jam 10.32 pagi, jentera yang menjalankan pembersihan tapak telah menemui bahagian tangki minyak jentolak anggaran 10 peratus hasil visual daripada keseluruhan badan jentera tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru