Sunday, September 19, 2021

Malaysia menuju dua juta kes jangkitan

Mesti baca

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 226.03 juta sehingga awal pagi ini, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula lebih 4.65 juta manakala yang sembuh lebih 202 juta.

Data terbaharu Worldometers  pada pagi  Selasa menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih  42.09  juta kes dengan  679,704 kematian termasuk 774 kes terbaharu.

Ini diikuti India dengan lebih 33.28 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.06 juta kes.

Dari segi kematian, India, negara 1.3 bilion itu juga berada di tangga kedua dengan 443,247 kes.

United Kingdom di tangga keempat  Rusia di tangga kelima dunia sudah merekodkan lebih daripada tujuh juta kes jangkitan.

Manakala negara yang melebihi angka enam juta kes ialah  Perancis dan Turki.

Argentina  dan Iran melebihi lima juta manakala Colombia,  Sepanyol , Itali, Indonesia, dan Jerman pula mencatat lebih empat juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tempat tertinggi dan berada di tangga ke-13 dunia dengan  lebih 4.17 juta kes jangkitan dan  139,165 kematian termasuk  276 semalam.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih dua  juta kes jangkitan, sementara Malaysia  lebih 1,995,771 juta kes  dan   21,124 kematian   berada di tangga ke-23 dunia. Jumlah kematian semalam ialah 413 kes.

Thailand dengan  lebih 1.39 juta kes dengan 14,485  kematian di tangga ke-29 dunia.

Secara Rawak

Artikel Terbaru