Sunday, September 19, 2021

Kadar kebolehjangkitan di Sarawak masih tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatat kadar kebolehjangkitan  tertinggi  di Malaysia dengan 1.16, diikuti Terengganu, Johor, Perak, Pahang, Kelantan, Perlis dan Pulau Pinang.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sementara itu, Sabah, Kedah, Melaka, Putrajaya, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur catat R-naught di bawah purata kebangsaan.

Labuan yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan 11 kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Secara Rawak

Artikel Terbaru