Tuesday, September 21, 2021

Buang syaitan, lelaki serang ibu bapa dengan kapak, busur

Mesti baca

VIRGINIA: Johnny Carson York, Jr. 45, dari barat Virginia ditahan polis selepas didakwa mengejar ibu bapanya dengan kapak, busur dan anak panah.

Dia memberitahu polis, perlu membunuh ibu bapanya untuk mengeluarkan syaitan di dalam badan mereka,” menurut laporan media tempatan.

Polis menerima aduan suspek mengejar ibu bapanya dengan kapak, namun dalam perjalanan ke kediaman mangsa, polis menerima satu lagi aduan mengatakan suspek cuba menembak kedua-dua ibu bapanya menggunakan busur dan anak panah.

Menurut salah seorang anggota keluarga, insiden itu berlaku apabila York diminta menyimpan beberapa barangan ke dalam stor kerana hari sudah mendung dan hujan mungkin turun.

York menjadi marah dan melontar pemetik api ke arahnya sebelum bertindak mengejar kedua-dua ibu bapanya menggunakan kapak.

Kedua-dua ibu bapanya berjaya menyembunyikan diri dan menghubungi 911 dan ketika itulah York cuba menembak mereka menggunakan busur dan anak panah.

Menurut Fox.news selepas ditangkap York memberitahu polis dia terpaksa membunuh mereka untuk mengeluarkan syaitan di badan mereka dan dia juga perlu membunuh semua orang yang ditemuinya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru