Sunday, September 19, 2021

99.89 peratus kes Covid-19 di Sarawak kategori 1 dan 2

Mesti baca

KUCHING: Sarawak terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi Covid-19 di negara apabila 3,522 kes baharu dan lima kematian dilaporkan semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, bagaimanapun 99.89 peratus kes tersebut merupakan kategori 1 dan 2, manakala empat kes kategori 5 iaitu memerlukan ventilator.

“Daerah Kuching masih merekodkan kadar jangkitan tertinggi dengan 1,221 kes, diikuti tiga angka kes baharu iaitu 382 di Bintulu, Sibu (232), Serian (231), Miri (178), Lundu (110) dan Mukah (106),” katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai kematian, JPBN memberitahu ia melibatkan mangsa-mangsa berusia 54 hingga 86 tahun dengan dua kes di Kuching, sementara masing-masing satu di Sibu, Bau dan Sri Aman.

Dalam pada itu, JPBN memberitahu enam kluster baharu yang kesemuanya melibatkan komuniti dikesan hari ini di Daerah Sarikei, Sebauh, Beluru, Pakan, Limbang dan Subis.

“Sementara 12 lagi rumah panjang di Bintulu, Sebauh, Limbang, Julau, Meradong, Beluru, Kabong dan Sri Aman dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) untuk tempoh 12 hingga 27 September ini.

“Manakala PKPD di enam lokaliti dilanjutkan dan 17 penempatan ditamatkan PKPD pada 12, 13 dan 14 September,” tambah JPBN.

Secara Rawak

Artikel Terbaru