Sunday, September 19, 2021

12 lagi lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak  12 lagi lokaliti di Sarawak  menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di PKPD dikuatkuasakan mulai 12 hingga 25 September membabitkan Rumah Engkabang Anak Anggang, KM23, Jalan Bintulu-Miri, Blok A, B, M, L, G, Flat Sg Plan dan di Blok i, PPR Bandar Ria di Bintulu.

“Turut dikenakan PKPD dalam tempoh sama adalah dua lokaliti di Sebauh iaitu Rumah Gani Anak Lansam, Sungai Sebangat, Jalan Sebauh-Bintulu dan Rumah Eyus Anak Esek, Sg Senggam, Jalan Ulu Sebauh,” kata JPBNS dalam satu kenyataan hari ini.

PKPD terbabit bertujuan untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Jelas  JPBNS  lagi,  enam lokaliti diperintahkan menjalani PKPD dari 13 hingga 26 September.

Ini katanya, membabitkan Rumah Thaddeus, Pulau Brunei di Limbang, Rh. Geramong, Pasir Putih Ayam Tiga, Nanga Ayam di Julau, Rh. Mandau, Sg. Pidi, Bintangor di Meradong dan dua lokaliti masing-masing di Sri Aman iaitu Rh. Juan, Kampung Parit Beruang, Tanjung Bijat dan Rh. James, Paku Ulu.

“Sementara itu Rumah Anthony Anak Ladi, Sg Liam, Bakong di Beluru dikenakan PKPD mulai 13 hingga 27 September 2021 manakala Rh. Igat Jimbun, Kop, Sg. Sawa, Roban dari 14 hingga 27 September 2021,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru