Saturday, December 4, 2021

Silap tertekan suis elektrik, perkhidmatan 80 kereta api terhenti

Secara Rawak

NEW YORK: Menurut NBC News New York, insiden bekalan elektrik yang tiba-tiba terputus di kawasan Bronx pada 29 Ogos berlaku gara-gara tindakan individu tertekan satu suis yang tidak mempunyai penutup pelindung.

Menurut pejabat Gabenor New York, hasil siasatan mendapati sebaik sahaja butang suis itu ditekan, bekalan elektrik terputus di Bronx secara tiba-tiba.

Ia menyebabkan 80 kereta api bawah tanah tidak dapat beroperasi dan 300 penumpang terpaksa dipindahkan ke kereta api lain.

Gabenor New York, Kathy Hochul memberitahu pihaknya akan memastikan insiden tersebut tidak berulang lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru