Sunday, September 19, 2021

Peranan muzium di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Pihak Muzium Sarawak merancang untuk mewujudkan satu ordinan yang akan membantu muzium mentadbir segala warisan di Sarawak, termasuk barangan antik, bangunan dan tapak bersejarah, serta warisan bawah air.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Dayang Morzanah Awang Haddy, rakyat Sarawak beruntung kerana Kerajaan Sarawak amat prihatin dalam hal ini.

Pada 2019, satu ordinan telah diwujudkan.

Katanya, ketika ini pihak muzium juga cuba mendapatkan dana untuk membaik pelbagai muzium di negeri ini.

Katanya, pihaknya juga memberi peluang kepada masyarakat yang mempunyai koleksi sendiri seperti seni lukis untuk dipamerkan.

Beliau menyatakan, pihaknya sedang mencari penyelesaian untuk menarik perhatian dan mengubah persepsi orang muda bahawa muzium ialah tempat yang menarik untuk dikunjungi.

“Kami bertanggungjawab terhadap semua dokumen sejarah, artifak-artifak negeri Sarawak khasnya, dan Borneo amnya,” menjelaskan peranan Jabatan Muzium Sarawak.

“Ia juga membabitkan pengumpulan bahan sejarah untuk dipamerkan bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah dan orang awam mengetahui sejarah sarawak dan Borneo,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru