Sunday, September 19, 2021

Pemandu jentolak di Siniawan tertimbus batu kuari

Mesti baca

BAU: Seorang pemandu jentolak di sebuah kuari di Jalan Tanjung Durian, Siniawan tertimbus dalam timbunan batu kuari dalam satu kejadian petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, Tawang Lingam berkata mangsa, 42 bersama jentera telah tertimbus dan dihempap batu sebesar anggaran 20 meter.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 3.18 petang dan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bau bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dan kenderaan kecemasan.

Jelasnya, aktiviti mengebom dan memecahkan batu oleh syarikat di kawasan kuari berkenaan menyebabkan struktur batu tidak stabil dan telah runtuh.

“Terdapat empat buah jengkaut dan juga jentolak milik syarikat kuari sedang melakukan kerja-kerja ‘site clearing’ untuk ke lokasi yang tertimbus dianggarkan 50 meter dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKPT),” katanya dalam satu kenyataan.

Tawang berkata, anggota di tempat kejadian menjalankan pemantauan keselamatan di lokasi bagi memastikan keselamatan di tempat susulan serta mengatur strategi operasi untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, kerja-kerja ‘site clearing’ ditangguhkan pada jam 4.45 petang susulan hujan lebat di lokasi dan juga atas faktor keselamatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru