Thursday, December 9, 2021

Pemain, pegawai SUFC serang pengadil: Posa mohon maaf

Secara Rawak

KUCHING: Pengerusi Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais memohon maaf susulan insiden beberapa pegawai dan pemain cuba menyerang pengadil usai tamat perlawanan SU FC menentang Negeri Sembilan FC, Jumaat lalu.

Permohonan itu katanya, diajukan kepada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan semua peminat bagi kedua-dua pasukan.

Beliau mengakui turut kecewa dengan apa yang berlaku sebaik tamat perlawanan tersebut.

“Di sini saya ingin memohon maaf kepada pihak MFL, FAM serta seluruh peminat atas insiden yang berlaku pada perlawanan tempoh hari.

“Sememangnya kita tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku,” ujar Datuk Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu turut memberitahu, pihaknya kini masih belum mendapat memberi sebarang ulasan terperinci berhubung kejadian.

Namun katanya, siasatan lanjut mengenai insiden terbabit kini sedang dijalankan di samping menunggu laporan penuh susulan daripada pegawai pasukan SU FC dalam tempoh terdekat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru