Sunday, September 19, 2021

Jumlah kes di Sarawak masih tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Jangkitan harian Covid-19 mencatatkan penurunan lebih 3,000 daripada 19,198 kes semalam kepada 16,073 kes hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 1,995,771 kes

Namun, Sarawak masih mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 3,522 kes walaupun memperlihatkan penurunan ketara berbanding 5,291 kes semalam.

Johor  pula mencatatkan 2,030 kes, Selangor (1,947),  Sabah (1,649) dan Pulau Pinang (1,243).

Bilangan kes harian mengikut negeri:

Sarawak – 3,522

Johor – 2,030

Selangor – 1,947

Sabah – 1,649

Pulau Pinang – 1,243

Kedah – 1,191

Kelantan – 1,070

Perak – 1,011

Pahang – 878

Terengganu – 704

Kuala Lumpur – 398

Melaka – 206

Negeri Sembilan – 156

Perlis – 41

Putrajaya – 16

Labuan – 11

Secara Rawak

Artikel Terbaru