Monday, October 25, 2021

Jasad tiga beranak ditemui dalam timbunan pakaian

Mesti baca

BANJARMASIN: Jasad sepasang suami isteri, Ahmad S, 42, S Khadijah, 33, dan anak mereka SF, 6, ditemui pasukan penyelamat di dalam timbunan ratusan pakaian di sebuah rumah di Banjarmasin.

Siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mereka, namun polis tidak dapat melakukan siasatan lanjut kerana keluarga mangsa enggan mengizinkan autopsi dilakukan terhadap mereka.

Menurut Okenews, polis turut mengatakan tiada sebarang bukti menunjukkan insiden itu bermotifkan jenayah kerana pintu rumah dikunci dari dalam dan tiada kesan pencerobohan ditemui.

Kesemua mangsa ditemui di rumah mereka yang menjadi stor untuk menyimpan ratusan pakaian di Jalan Ratu Zaleha, Banjarmasin.

Menurut Ketua Polis Banjarmasin Timur, AKP Pujie Firmansyah kesemua jenazah dibawa pulang oleh keluarga mereka untuk dikebumikan di Kabupaten Tanah Laut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru