Saturday, October 23, 2021

Dua deret rumah pekerja ladang sawit musnah terbakar

Mesti baca

BETONG: Dua deretan rumah pekerja yang menempatkan 20 pintu kediaman di Ladang Sawit Sungai Tisak musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Insiden bagaimanapun tidak mengakibatkan kemalangan jiwa selepas semua penghuni berjaya menyelamatkan diri, kata Ketua Bomba dan Penyelamat Betong, Vincent Baling Yabi.

Menurutnya, bomba mengepam air kolam buatan sejauh 30 meter untuk mengawal kebakaran, sekali gus menyelamatkan dua lagi deretan rumah pekerja yang berhampiran.

“Selepas menerima panggilan kira 7.07 pagi tadi, sepasukan anggota diketuai PBK II Sapuan Abu terus digerakkan ke lokasi yang jaraknya kira-kira 19 kilometer.

“Kebakaran melibatkan Blok D dan E dengan binaan kayu, yang setiap satunya bersaiz 280×12 kaki.

“Bomba terus melakukan operasi memadam menggunakan sumber air kolam ekoran tiada pili bomba atau sumber lain di kawasan terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelasnya, dua blok berhampiran, iaitu F dan G dapat diselamatkan dan tidak banyak terjejas.

Tambah Vincent, pihaknya dimaklumkan insiden dipercayai bermula dari Blok D, bilik nombor tiga.

Secara Rawak

Artikel Terbaru