Sunday, September 19, 2021

Remaja 20 tahun mati hidup semula

Mesti baca

HENAN: Remaja berusia 20 tahun yang didakwa meninggal dunia selepas menghabiskan masa semalaman bermain permainan di Internet telah sedar semula, menurut Toutiao News.

Dia dikatakan pengsan di sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan Internet di Zhengzhou.

Pekerja premis itu memberitahu ketika remaja itu hendak berdiri dia tiba-tiba terjatuh dan badannya menjadi kejang, manakala buih keluar dari mulutnya.

Dia dikatakan bermain mainan di Internet sepanjang malam.

Beberapa doktor dari hospital berdekatan dipanggil ke premis itu dan mereka mendapati remaja tersebut sudah tidak bernyawa lagi.

Namun, mereka mengambil keputusan cuba menyelamatkannya memandangkan masa kematiannya belum lama berlaku.

Mereka berusaha melakukan resusitasi kardiopulmonari selama hampir 20 minit menggunakan ubat epinefrin sehingga jantungnya secara spontan berdenyut semula, lapor Global Times.

Dia segera dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan dan keadaannya kini stabil.

Menurut doktor, lelaki itu menderita emboli paru-paru akibat rutin biasanya bermain permainan sepanjang malam dan duduk terlalu lama tanpa bersenam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru