Thursday, December 9, 2021

Penularan Covid-19 di Sarawak berlaku secara meluas dalam komuniti

Secara Rawak

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin memaklumkan bahawa pada 12 September 2021, sebanyak 5,291 kes baharu COVID-19 telah dilaporkan di Sarawak, menjadikan kumulatif kes adalah sebanyak 156,798 kes.

Ini merupakan bilangan kes baharu harian tertinggi dicatatkan di Sarawak dan hari kelapan berturut-turut bilangan kes harian melebihi angka tiga ribu bermula 5 September 2021.

Jumlah 5,291 kes baru hari ini adalah dari 28,065 keputusan sampel yang diuji. Kadar positif adalah 18.8 peratus. Kadar ini meningkat dari purata 14.5 peratus. Ini menunjukkan kejadian penularan ini telah berlaku secara meluas dalam komuniti. Peningkatan kes harian telah menyebabkan peningkatan aktiviti pengesanan aktif kontak kepada kes di semua bahagian di Sarawak terutamanya di lokaliti yang mempunyai kluster aktif.

Bilangan sampel yang tinggi ini telah membebankan kapasiti makmal sedia ada dan justeru memanjangkan tempoh masa diperlukan untuk memperolehi keputusan ujian (‘turn-around-time’) walaupun melalui penyumberluaran yang telah dilaksanakan. Ini mengakibatkan banyak sampel yang tertunggak sehingga lima hari. Walaupun terdapat tunggakan masa dalam memperolehi keputusan, semua kontak yang berisiko telah diberi Home Surveillance Order (HSO) bagi mengelakkan penyebaran dalam komuniti.

Daripada jumlah 5,291 kes baharu yang dikesan pada hari ini, 99.9 peratus kes berada pada tahap kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (mempunyai gejala yang ringan) semasa dikesan positif.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sedang dan terus menjalankan pemantauan bagi menilai situasi COVID-19 di Sarawak. Langkah-langkah penambahbaikan dijalankan mengikut situasi semasa.

Penggunaan Rapid Test Kit (RTK) Antigen akan digunakan dengan lebih meluas di seluruh Sarawak bagi mengenalpasti kes positif dengan kadar yang cepat agar tindakan kawalan dapat dilakukan dengan pantas.

Perancangan strategi mitigasi sedang dirangka dan strategi terperinci akan diumumkan dalam masa terdekat setelah dibincangkan bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Orang ramai diseru untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang betul iaitu pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal pada setiap masa.

Bersama-samalah bertanggungjawab untuk memutuskan rantaian perebakan jangkitan COVID-19 ini.

Sekian, terima kasih.

’ .

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru