Saturday, October 23, 2021

Pendedahan kes pecah amanah RM443,357!

Mesti baca

KUCHING: Seorang bekas kerani syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM443,357.24. sejak lima tahun lepas.

Tertuduh Lyndra P. 37, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibaca di hadapan dua hakim secara berasingan.

Tertuduh ketika itu bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembekal dan pemborong produk petroleum melakukan pecah amanah dengan memasukan sejumlah wang milik syarikat ke dalam akaun peribadinya.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut sejak Jun 2016 sehingga Jun 2021 di syarikat berkenaan yang beralamat di Pusat Perindustrian Demak Laut, Jalan Bako.

Dia didakwa di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara setahun hingga 14 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin tempatan bagi tiga pertuduhan yang dilakukan pada Jun 2016 hingga Disember 2018.

Selain itu, tertuduh diwakili peguam juga dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 seorang penjamin tempatan oleh Hakim Maris Agan bagi tiga pertuduhan lain.

Pihak pendakwaan diarah menyerahkan semua dokumen yang berkaitan di bawah Seksyen 51A BPK kepada tertuduh pada tarikh sebelum atau pada kes dilanjutkan. Mahkamah menetapkan kes dilanjutkan pada 18 Oktober depan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru