Saturday, October 23, 2021

Kes naik: Orang ramai di Sarawak dinasihati terus waspada

Mesti baca

KUCHING: Orang ramai ditegaskan agar tidak leka dan terus kekal waspada serta memastikan saranan dan nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, nasihat tersebut sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian.

“Ia termasuk mengelakkan 3S atau 3C iaitu elakkan kawasan yang sesak,sempit dan sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkam 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, digalakkan memakai pelitup separuh muka di tempat awam.

“Jjika bergejala, amaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lebih berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan segera jika bergejala, duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung serta lalukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

JPBN turut menasihati orang ramai untuk terus mengingati prosedur operasi standard (SOP) seperti syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Malah, orang ramai perlu mengamalkan penjarakan fizikal pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya sstu meter,” jelasnya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru