Tuesday, September 21, 2021

Kencing anjing penyebab tiang lampu isyarat tumbang

Mesti baca

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mengesahkan, kencing anjing merupakan punca tiang lampu isyarat di kota Suzuja wilayah Sakurajimacho tumbang.

Insiden tersebut berlaku pada 1997 dan tiang lampu isyarat berusia 23 tahun itu tumbang serta jatuh di dalam semak di tapak parkir kenderaan berdekatan pada pagi 18 Februari tahun ini.

Hasil siasatan lanjut makmal forensik polis mendapati, wujudnya 40 kali kepekatan kompaun organik dalan air kencing di bahagian bawah tiang berbanding tiang lampu isyarat lain yang dipasang pada jangka masa yang sama.

Polis percaya bahan organik dan garam dalam air kencing anjing menghakis tiang besi setinggi 6.5 meter yang dikatakan memiliki jangka hayat sehingga 50 tahun itu.

Kawasan itu juga merupakan jalan yang popular bagi pemilik anjing bersiar-siar bersama-sama haiwan peliharaan mereka.

Menurut media Mainichi Japan, tiang lampu itu sudah digantikan dengan tiang baharu, namun hasil penelitian terbaru mendapati tiang baru itu juga sudah dicemari kencing anjing.

Secara Rawak

Artikel Terbaru