Saturday, October 23, 2021

Bomba ambil masa 20 minit selamatkan pemandu lelaki di Selangau

Mesti baca

SIBU: Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangau mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan seorang lelaki selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit berhampiran simpang Tamin, di Selangau awal pagi tadi.

Insiden kira-kira jam 2.20 pagi itu, bagaimanapun mengakibatkan mangsa berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selangau, Mohd Shukri Abdul Rahim berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan menghala ke Sibu.

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi katanya, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan kendiri ketika memandu kereta itu dari arah Selangau menghala ke Sibu. Ketika Bomba sampai, mangsa masih berada di bahagian tempat duduk pemandu,”katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

“Sebagai tindakan lanjut, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru