Sunday, September 19, 2021

Boleh timbulkan rasa curiga di Sarawak

Mesti baca

ASAJAYA: Rang Undang-Undang Kawalan dan Pengembangan Agama Bukan Islam seharusnya tidak dijadikan isu kerana perkara itu mampu menggugat kesejahteraan rakyat.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah percaya Kerajaan Negeri tidak akan menyokong penggubalan RUU itu yang boleh menjadi isu sensitif dalam masyarakat majmuk.

Beliau mengakui terkilan selepas mengetahui mengapa perkara sedemikian turut dicadangkan, sementara dari segi perlembagaan Malaysia menbenarkan rakyat menganuti dan mengembangkan agama masing-masing.

“Saya percaya perkara ini di Sarawak dan Sabah adalah satu perkara yang tidak dapat diterima.

“Hal ini boleh menimbulkan perasaan curiga dan ketidakpuasan hati lebih-lebih lagi dalam sebuah negeri majmuk seperti Sarawak yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa.

“Walaupun saya tidak dapat memberi penjelasan bagi pihak Negeri Sarawak, namun saya percaya Kerajaan Sarawak tidak akan bersetuju sekiranya ada Rang Undang-Undang atau pun bil berkaitan agama boleh dipromosikan dan tidak boleh dipromosikan,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan ‘flag off’ kembara merdeka Asajaya semalam.

Justeru dengan timbulnya RUU seperti itu katanya akan menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru