Sunday, September 19, 2021

Baru Bian jalani kuarantin hingga 21 September ini

Mesti baca

KUCHING: Ahli Parlimen Sekangau Baru Bian yang dijangkiti Covid-19  menggesa orang ramai supaya mendapatkan vaksinasi Covid-19 yang beliau yakini dapat membantu menyelamatkan nyawa pesakit  daripada wabak tersebut.

“Saya yakin vaksinasi yang saya terima beberapa bulan lalu telah mencegah simptom serius yang memerlukan rawatan di hospital, dan saya sangat menggesa mereka yang belum diberi vaksin untuk mendapatkan vaksin. Ia dapat menyelamatkan nyawa anda,,” katanya dalam satu kenyataan.

Adun Ba Kelalan itu mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.

Jelasnya, saringan ujian RT-PCR menunjukkan beliau positif Covid-19 pada malam Jumaat, 10 September 2021 dan mengakui hanya mengalami gejala ringan, selesema dan demam yang ringan.

“Saya dijadualkan terbang ke Kuala Lumpur dari Kuching hari ini untuk menghadiri persidangan Parlimen bermula esok. Namun, saya didapati positif COVID-19 ketika saya menjalani ujian wajib RT-PCR pada malam Jumaat, 10 September 2021 iaitu tiga hari sebelum persidangan Parlimen, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya diminta menjalani kuarantin hingga 21 September 2021, jadi saya mesti tidak hadir di parlimen sehingga kuarantin selesai,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru