Thursday, December 9, 2021

288 pelajar SMK Paku terima vaksin Covid-19

Secara Rawak

BAU: Seramai 288 remaja berusia 16 dan 17 tahun menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer dalam Program Imunisasi COVID-19 (PICK) Remaja Peringkat Daerah Bau yang memasuki hari ketiga pada Sabtu.

Rata-rata golongan remaja terbabit merupakan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paku.

Program vaksinasi itu dilaksanakan di sekolah berkenaan bermula pada pukul 8 pagi hingga 2.30 petang.

Proses pemvaksinan tersebut dikendalikan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru