Sunday, September 19, 2021

Ngeri, penunggang skuter dan rakan nyaris ditimpa tanah runtuh

Mesti baca

UTTARAKHAND: Penunggang skuter dan pemboncengnya berjaya mengelak dari bencana selang beberapa saat sebelum tanah hampir-hampir runtuh menimpa mereka.

Insiden yang berlaku di daerah Tehri, Uttarakhand klip video berdurasi 29 saat itu menunjukkan dua lelaki keluar dari sebatang jalan kecil ketika kejadian tanah runtuh berlaku di hadapan mereka.

Sebaik mereka keluar dari jalan tersebut tanah dan batu runtuh di jalan menyebabkan akses ke kawasan itu tidak dapat dilalui.

Menurut Arynews, keadaan cuaca buruk yang berlaku di Uttarakhand dan Himachal Pradesh akibat perubahan iklim.

Secara Rawak

Artikel Terbaru