Sunday, September 19, 2021

Lelaki misteri lontar anak 5 tahun ke sungai

Mesti baca

OHIO: Kimberly Dawn Maxwell, 41, wanita berasal dari Ashland, Kentucky ditahan polis kerana tindakannya yang agak luar biasa.

Dia dikatakan datang dan duduk bersama-sama lelaki dan dua anaknya yang sedang rehlah di Taman Harris Riverfront, Virginia barat.

Tanpa meminta izin dia duduk di meja mereka sambil bercakap dengan dirinya sendiri.

Ayah dua anak itu memberitahu sebaik sahaja melihat keadaan wanita itu yang disyakinya mungkin berada di bawah pengaruh dadah atau pil, dia segera mengemas makanan mereka dan turut mengarah dua anaknya Maxwell.

Namun, ketika mereka meninggalkannya, Maxwell tiba-tiba berlari ke arah anaknya yang berusia 5 tahun itu dan melontarnya ke Sungai Ohio.

Seorang saksi yang melihat kejadian itu segera melompat ke sungai menyelamatkannya sejurus sebelum Maxwell sendiri terjun ke sungai tersebut.

Apabila polis tiba di tempat kejadian, dia memberitahu mereka, “ini perairan antarabangsa. Polis tidak dapat melakukan apa-apa kepada saya.”

Dia juga enggan keluar dari sungai itu sehingga akhirnya sebuah bot menyelamat membawanya keluar. Dia dibawa ke hospital untuk dinilai dan diawasi sebelum dipenjarakan lapor WCHS.

Secara Rawak

Artikel Terbaru