Sunday, September 19, 2021

AS cadang suntik Pfizer untuk kanak-kanak 5-11 tahun

Mesti baca

WASHINGTON: Amerika Syarikat merancang membenarkan kanak-kanak berusia 5 tahun hingga 11 tahun disuntik vaksin Pfizer Oktober nanti.

AS ketika ini masih menunggu keputusan Badan Pemakanan dan Ubatan (FDA) berkaitan selamat dan berkesannya suntikan Pfizer terhadap kanak-kanak.

Reuters melaporkan pakar Penyakit Menular AS Anthony Fauci mengatakan: “Minggu awal Oktober produk Pfizer mungkin sedia…”

Selain Pfizer, vaksin Moderna juga dalam tahap ujian klinikal dan dalam tahap pengumpulan data serta pengujian.

Rencananya, vaksin Moderna baru akan digunakan pada November 2021.

Pfizer berjanji menyiapkan data keselamatan vaksin untuk kanak-kanak pada akhir September ini.

Dalam mendapatkan kebenaran bagi penggunaan darurat, syarikat vaksin diminta menyerah data keselamatan penggunaan vaksin untuk tempoh dua bulan melibatkan peserta ujian.

Ketika ini, vaksin Pfizer sudah mendapat kebenaran untuk penggunaan darurat bagi kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun di AS.

Secara Rawak

Artikel Terbaru