Sunday, September 19, 2021

Dunia menuju 225 juta jangkitan 

Mesti baca

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 224.60 juta sehingga awal pagi ini, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula lebih 4.62 juta manakala yang sembuh lebih 201 juta.

Data terbaharu Worldometers  pada pagi  Sabtu menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih  41.73 juta kes dengan  676,980 kematian.

Jumlah kematian harian di AS semalam ialah 1,724.

Ini diikuti India dengan lebih 33.20 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.97 juta kes.

Dari segi kematian, India, negara 1.3 bilion itu juga berada di tangga kedua dengan 442,350 kes termasuk 304 kematian terbaharu.

United Kingdom di tangga keempat  Rusia di tangga kelima dunia sudah merekodkan lebih daripada tujuh juta kes jangkitan.

Manakala negara yang melebihi angka enam juta kes ialah  Perancis dan Turki.

Argentina  dan Iran melebihi lima juta manakala Colombia,  Sepanyol , Itali, Indonesia, dan Jerman pula mencatat lebih empat juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tempat tertinggi dan berada di tangga ke-13 dunia dengan  lebih 4.15 juta kes jangkitan dan  138,431 kematian termasuk  315 semalam.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih dua  juta kes jangkitan, sementara Malaysia  lebih 1.94 juta kes  dan  129, 827 kematian  termasuk 341 kematian  semalam berada di tangga ke-23 dunia.

Thailand dengan  lebih 1.35 juta kes dengan 13,920 kematian termasuk 189 kematian semalam di tangga ke-29 dunia.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru