Sunday, September 19, 2021

Satu keluarga ditahan polis jual gas ketawa

Mesti baca

BEIJING: Seorang lelaki dan kedua-dua ibu bapanya dijatuhkan hukuman penjara kerana menjual oksida nitrat yang biasa dikenali sebagai “gas ketawa” sejenis bahan psikoaktif haram.

Menurut polis Beijing, Xu mendapat tahu tentang “gas ketawa” ketika dia menuntut di Kanada.

Setelah kembali ke China pada 2019 dan gagal mencari pekerjaan, dia memutuskan menjana wang dengan menjual gas haram itu kerana ia sukar diperoleh penagihnya di China.

Ayah Xu menyertai perniagaannya setelah Xu memberitahunya bahan yang dijualnya sesuatu yang serupa dengan arak.

Ibunya juga menawarkan diri membantu.

Kedua-dua ibu bapa tidak mengetahui ia perniagaan tidak sah dan akan dijatuhkan hukuman yang berat jika sabit kesalahan.

“Gas ketawa,atau nitrat oksida, sangat berbahaya kepada badan manusia setelah tersedut dan ia disenaraikan sebagai bahan kimia berbahaya.

“Kelulusan khas diperlukan sebelum pengeluaran, operasi dan pengangkutan gas tersebut ,” kata Cai, pendakwa kes itu semasa berhujah di mahkamah.

Menurut Global Times, Xu dijatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan, manakala kedu-dua ibu bapanya dihukum penjara lebih setahun dan keluarga itu didenda 240,000 yuan (RM154,369) secara keseluruhan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru