Sunday, September 19, 2021

Remaja terjun tingkap selamatkan diri jadi mangsa pemerdagangan manusia

Mesti baca

ANTALYA: Remaja perempuan nekad terjun tingkap untuk menyelamatkan dirinya menjadi mangsa pemerdagangan manusia, lapor Daily Mail.

Klip video Insiden yang berlaku di kota Antalya, Turki ini menunjukkan remaja tersebut yang dikenali sebagai Sirin N.E, bergantung di tingkap sebuah bangunan.

Dia kemudiannya terjun setinggi 30 kaki dan terjatuh ke jalan raya selepas badannya terkena kenderaan yang parkir di situ.

Gadis itu mengalami kecederaan serius akibat insiden itu dan foto akhbar tempatan menunjukkan dia diusung masuk ke dalam ambulans.

Menurut polis, Sirin mendakwa dia diculik sekumpulan lelaki dari Iran yang mahu menjualnya.

Salah seorang saksi kejadian memberitahu, apabila polis tiba di lokasi, gadis itu tidak percaya mereka polis kerana dia berasa terlalu takut.

Polis menjalankan siasatan lanjut lapor Daily Mail.

Secara Rawak

Artikel Terbaru