Monday, October 25, 2021

Malaysia menuju 20,000 kematian

Mesti baca

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 223.98 juta sehingga awal pagi ini, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula lebih 4.61 juta manakala yang sembuh lebih 200 juta.

Data terbaharu Worldometers  pada pagi  Jumaat menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih  41.55 juta kes dengan  674,515 kematian.

Jumlah kematian harian di AS semalam ialah 1,897.

Ini diikuti India dengan lebih 33.16 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.95 juta kes.

Dari segi kematian, India, negara 1.3 bilion itu juga berada di tangga kedua dengan 442,046 kes termasuk 264 kematian terbaharu.

United Kingdom di tangga keempat  Rusia di tangga kelima dunia sudah merekodkan lebih daripada tujuh juta kes jangkitan.

Manakala negara yang melebihi angka enam juta kes ialah  Perancis dan Turki.

Argentina  dan Iran melebihi lima juta manakala Colombia,  Sepanyol , Itali, Indonesia, dan Jerman pula mencatat lebih empat juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tempat tertinggi dan berada di tangga ke-13 dunia dengan 4, 153,355 juta kes jangkitan dan  138,116 kematian termasuk  334 semalam, berbanding 1,071 kematian kelmarin.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih dua  juta kes jangkitan, sementara Malaysia 1, 919, 774 kes  dan  19,163 kematian  termasuk 323 kematian  semalam berada di tangga ke-23 dunia.

Thailand dengan  lebih 1.33 juta kes dengan 13,731 kematian termasuk 220 kematian semalam di tangga ke-29 dunia.

Secara Rawak

Artikel Terbaru