Monday, October 25, 2021

Dua buah rumah panjang dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Dua lagi kluster baharu Covid-19, kedua-duanya kluster komuniti diisytiharkan membabitkan penduduk dua buah rumah panjang di daerah Bintulu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Kluster Sungai Segan melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Sungai Segan, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu.

“Sebanyak 47 individu  menjalani ujian saringan dan 25 orang positif termasuk kes indeks manakala 22 individu negatif dan 24 kes baharu dilaporkan,” kata JPBNS dalam satu kenyataan, semalam

“Kesemua kes positif  ditempatkan di Hospital Bintulu dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di daerah Bintulu,” jelasnya.

Kata JPBNS  lagi , kluster baharu kedua  ialah Kluster Jalan Bintulu-Miri Dua, Bintulu melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah PKPD di Batu 17, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu.

Katanya, 125 orang disaring dengan 33 orang positif termasuk kes indeks.

Katanya lagi, 92 individu didapati negatif manakala 32 kes baharu dilaporkan. Kesemua mereka yang positif dirawat dan diasingkan di Hospital Bintulu dan PKRC di daerah Bintulu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru