Sunday, September 19, 2021

Biden gesa 11 pegawai dilantik Trump berundur

Mesti baca

WASHINGTON: Presiden AS, Joe Biden meminta 11 pegawai yang dipilih mantan presiden Donald Trump dahulu di dewan penasihat akademi tentera AS mengundur diri atau diberhentikan.

Antara pegawai tersebut ialah mantan jurucakap Rumah Putih Sean Spicer, mantan penasihat kanan presiden, Kellyanne Conway dan bekas penasihat keamanan H.R McMaster yang menjawat penasihat Akademi Angkatan Laut, Udara dan Darat AS.

Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki mengakui hal tersebut dan menganggap tujuan presiden memastikan pegawai yang menjawat di dewan tersebut mempunyai keselarasan nilai yang diyakini.

Terdapat juga pegawai yang membantah gesaan tersebut dan tidak bersedia mengundurkan diri.

Vought mantan pengarah Pejabat Pengurusan dan Perencanaan Kewangan berkata, jawatan yang dipegangnya adalah untuk tempoh tiga tahun.

Meaghan Mobbs, pegawai dipilih Trump juga menolak meletak jawatan dan menganggap gesaan tersebut bukan sikap yang baik dan tidak menggambarkan semangat yang dijanjikan kerajaan ketika ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru