Saturday, December 4, 2021

76 peratus kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak  di Sarawak didakwa

Secara Rawak

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata daripada 260 kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, 76 peratus telah didakwa di mahkamah.

Katanya, kes tersebut disiasat Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) Polis Sarawak hingga 31 Ogos lalu.

“Sebanyak 76 peratus telah didakwa di mahkamah, tiga suku  daripada telah dijatuhkan hukuman penjara dan selebihnya masih dalam proses perbicaraan,” katanya menerusi satu kenyataan.

“Sejak berkuatkuasanya Akta Kesalahan-Kesalahan seksual terjadap kanak-kanak 2017 (Akta 792) iaitu dari 10 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2021x sebanyak 260 kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak disiasat di Sarawak,” katanya lagi.

Menurutnya, antara kes yang telah dijatuhkan hukuman  melibatkan seorang suspek lelaki dikenali sebagai Alladin Lanim yang ditangkap hasil kerjasama D11 Bukit Aman dan Polis Australia.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru