Tuesday, September 21, 2021

KM: Sarawak jadi pemain utama perkasa industri gas

Mesti baca

KUCHING: Ketua Menteri berkata pengecualian pemakaian Akta Kemajuan Petroleum (PDA)  akan menjadikan  Sarawak  pemain penting dalam memperkasa industri gas dan petrokimia di negeri ini.

“Pengecualian ini sekali gus  merupakan pengiktirafan terhadap keupayaan kerajaan negeri serta kemampuan organisasi korporat dan rakyat Sarawak untuk mengawal selia serta mempunyai keterlibatan yang lebih bermakna dalam industri minyak dan gas dalam negara,” kata  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Dengan pengecualian  ini, aktiviti pengedaran kawal selia gas di Sarawak akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan, sekali gus mengurangkan kerenah birokrasi,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Simbolik Penyerahan Surat Pengecualian Kawal Selia LPG di Sarawak dan Kebenaran SEDC Energy Sdn Bhd menjadi syarikat minyak baharu di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Jelas Ketua Menteri, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah meluluskan Ordinan Pengedaran Gas (DGO) pada 21 Nov  2016 bagi mewujudkan satu rangka kerja kawal selia gas yang menyeluruh di negeri ini.

Katanya, ia meliputi  sepanjang rantaian bekalan dari hiliran sehingga huluan supaya pembekalan tenaga  dapat dijalankan dengan cekap, selamat dan terjamin kepada industri dan rakyat di negeri ini.

Beliau juga berharap Kementerian Utiliti akan menggunakan kelebihan ini untuk terus mengorak langkah ke arah mewujudkan ekosistem industri utiliti yang berdaya saing dan mampu menarik pelaburan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru