Sunday, September 19, 2021

Jumlah jangkitan, kematian belum  ada tanda surut 

Mesti baca

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini melepasi 223.36 juta sehingga awal pagi ini, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Jumlah kematian pula lebih 4.60 juta manakala yang sembuh lebih 199 juta.

Data terbaharu Worldometers  pada pagi  Khamis menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih  41.38 juta kes dengan  671,097 kematian, termasuk 71,652 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 33.13 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.92 juta kes.

Dari segi kematian, India, negara 1.3 bilion itu juga berada di tangga kedua dengan 441, 782 kes termasuk 339 kematian terbaharu.

United Kingdom di tangga keempat  Rusia di tangga kelima dunia sudah merekodkan lebih daripada tujuh juta kes jangkitan.

Manakala negara yang melebihi angka enam juta kes ialah  Perancis dan Turki.

Argentina  dan Iran melebihi lima juta manakala Colombia,  Sepanyol , Itali, Indonesia, dan Jerman pula mencatat lebih empat juta kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tempat tertinggi dan berada di tangga ke-13 dunia dengan 4,147,365 juta kes jangkitan dan  137,782 kematian termasuk 1,071 kematian semalam.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih dua  juta kes jangkitan, sementara Malaysia 1, 900,467 kes  dan  19,163 kematian  termasuk 361 kematian  semalam berada di tangga ke-23 dunia.

Thailand dengan  lebih 1.32 juta kes dengan 13,511 kematian termasuk 228 kematian semalam untuk berada di tangga ke-29 dunia.

Secara Rawak

Artikel Terbaru