Saturday, January 22, 2022

Ahli Parlimen Lawas  buat lawatan ke PKRC Lawas

Secara Rawak

LAWAS: Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong telah mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Lawas di Stadium Tertutup Banting pada Rabu. 

Dalam lawatan itu, beliau telah diberikan taklimat berkenaan operasi semasa dan Pengurusan PKRC Lawas oleh Pengarah Hospital Lawas Dr. Ahmad Syahir Sarji. 

Selepas taklimat, Dato Henry turut meninjau dan melihat sendiri operasi PKRC Lawas.

Pada lawatan itu, beliau telah menyampai bantuan kepada petugas barisan hadapan dan menyerah sebuah mesin basuh bagi kegunaan pesakit COVID-19 yang berada di PKRC tersebut. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru