Saturday, October 23, 2021

9  korban di Sarawak,  kebanyakan kes di Kuching, Sibu, Betong, Bau

Mesti baca

KUCHING: Kuching terus merekodkan jumlah kes jangkitan  tertinggi daripada 3,118 kes di Sarawak hari ini menjadikan jumlah terkumpul 144, 030.

Ini merupakan hari keempat Sarawak merekodkan lebih daripada 3,000 kes berturut-turut.

Kuching mencatat 984 kes, diikuti Sibu (430), Betong (200),  Bau (143), Bintulu (140), Sri Aman (132),  Samarahan (131), Serian (117), Miri (113), Song (112), dan  Julau 65.

Kata JPBNS dalam satu kenyataan,  Subis 54 kes,  Sarikei (51), Mukah (51), Kapit (43), Selangau (38), Lubok Antu (37), Asajaya (33), Tatau (30), dan Meradong (29).

Limbang pula 27 kes, Pakan (25), Tebedu (24), Simunjan (20), Bukit Mabong (20), Pusa (17), Telang Usan (13), Saratok (11), Kabong (11), Beluru 98), Kanowit (3), Lawas (2), Dalat (2), Matu, dan Marudi satu masing-masingnya.

Daripada keseluruhan kes harian,  99.87 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala empat kes daripada  kategori, 3,4 dan 5.

Jumlah kematian pula ialah sembilan — empat di Kuching, satu masing-masingnya di  Lubok Antu, Miri, Simunjan, Sibu dan Saratok.

Mangsa berusia antara  66 tahun hingga 87  tahun, semuanya mempunyai penyakit  termasuk darah tinggi, penyakit jantung, dan buah pinggang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru