Tuesday, September 21, 2021

Edar dadah: Dua lelaki muda ditahan

Mesti baca

BINTULU: Dua lelaki warga asing berusia 20-an  tahun ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Wawasan Jaya, Batu 32 Jalan Bintulu-Miri, semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu  pada Rabu, jam 1 petang.

“Hasil pemeriksaan dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Wawasan Jaya, menemukan 17  peket plastik lutsinar dan tujuh keratan tiub straw mengandungi ketulan kristal disyaki dadah Methamphetamine atau syabu.

“Bungkusan berkenaan ditemukan di dalam beg sandang dengan anggaran berat  72 gram, katanya dalam sidang media di Bilik mesyuarat IPD Bintulu, hari ini.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dadah ialah RM7,200 dan hasil pemeriksaan ujian saringan air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah Methamphetamine atau syabu.

Menurut Zulkipli lagi, kedua-dua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula 9 hingga 22 Seotember untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan
dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua – dua saspek juga disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Dengan penangkapan kedua-dua suspek, beliau percaya pihaknya telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif menjalankan kegiatan mereka di sekitar kawasan Simpang Bakun dan ladang kelapa sawit berdekatan.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan maklumat dari orang awam bagi memastikan aktiviti pengedaran dadah berbahaya dapat terus ditumpaskan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru