Sunday, September 19, 2021

Wanita ditahan miliki kad vaksin Covid-19 palsu

Mesti baca

ILLINOIS: Seorang wanita dari bandar Chicago di Illinois, AS ditangkap di Hawaii kerana disyaki melakukan perjalanan ke negara itu menggunakan kad vaksinasi Covid-19 palsu, lapor Hawaii News Now.

Perbuatan Chloe Mrozak, 24, terbongkar selepas vaksin Moderna dalam kad tersebut disalah eja menjadi “Maderna”.

Para penyiasat menerima maklumat wanita itu mungkin memuat naik dokumen palsu di bawah Program Perjalanan Selamat di negeri tersebut untuk mengelak undang-undang kuarantin.

Wanita itu dilaporkan datang ke Oahu pada Isnin minggu lalu. Selama perjalanannya, penyiasat mengumpulkan maklumat dokumen palsu itu. Dokumen tersebut menyebut dia menerima suntikan vaksin dari Pengawal Nasional tetapi tiada bukti berkaitannya.

Mrozak ditahan sebaik sahaja kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Daniel K. Inouye.

Semasa di soal siasat, dia memberitahu kadnya dibuat oleh doktornya dari pejabat mereka dan dia juga membayar vaksin. Dia dituduh memalsukan dokumen Covid-19, lapor Hawaii news.

Secara Rawak

Artikel Terbaru