Sunday, September 19, 2021

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat A.S.$116.3 bilion  setakat 30 Ogos lalu berbanding dengan A.S.$11.3 bilion pada 13 Ogos lalu.

Menurut BNM, paras rizab yang lebih tinggi ini mencerminkan, peruntukan tambahan Hak Pengeluaran Khas (SDR) kepada Malaysia berjumlah A.S.$5.0 bilion oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Peruntukan SDR ini jelas dapat menyediakan mudah tunai tambahan kepada sistem kewangan global, memperkukuh rizab, meningkatkan keyakinan, dan memperkuat daya tahan ekonomi dunia, “ jelasnya dalam satu kenyataan.

Kata bank pusat  itu lagi, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri dalam tempoh yang singkat.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (A.S.$103.4 bilion), kedudukan rizab IMF (A.S.$1.4 bilion), SDR (A.S.$6.1 bilion), emas (A.S.$2.2 bilion), dan aset rizab lain (A.S.$3.2 bilion).

Jelas BNM lagi, aset berkenaan merangkumi emas, tukaran asing dan rizab lain, termasuklah SDR yang berjumlah sehingga RM483.60 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.12 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM841.62 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM21.77 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM15.31 bilion).

Secara Rawak

Artikel Terbaru