Sunday, September 19, 2021

Pesakit sangka doktor pakai PPE putih “hantu”

Mesti baca

Sebuah klip video menunjukkan pesakit menjerit ketakutan selepas melihat doktor berpakaian PPE menghampirinya kini tular di media sosial.

Netizen media sosial geli hati menonton situasi tersebut.

Rakaman CCTV itu menunjukkan pesakit Covid-19 tidur di katil masing-masing.

Seketika kemudian doktor berpakaian PPE berwarna putih datang menghampiri pesakit di katil paling hujung.

Pesakit wanita tersebut menjerit sekuat hati sehingga pesakit di sebelahnya terbangun.

Doktor tersebut dilihat cuba menenangkannya, namun dia masih menjerit ketakutan.

Seorang lagi staf hospital datang dan menghidupkan lampu supaya pesakit itu dapat melihat dengan jelas.

Insiden itu menjadi bahan menceriakan situasi di wad terbabit lapor Ary News.

Secara Rawak

Artikel Terbaru