Sunday, September 19, 2021

Lebih 40 banduan terkorban dalam kebakaran di penjara Indonesia

Mesti baca

JAKARTA: Lebih 40 banduan dilaporkan terkorban dalam kejadian kebakaran sebuah penjara di Tangerang, di Jawa Timur, Indonesia.

“Kejadian kebakaran yang terjadi di Lembaga Pemasyarakatan Kelas 1 Tangerang Blok C2 (penjara di Tangerang) pada Rabu, jam 1.45 waktu Indonesia Barat. Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas,” kata Ketua Lapas (Penjara) Kelas 1 Tangerang, Victor Teguh Prihartono dalam satu kenyataan di sini menurut Bernama.

Setakat pukul 9 pagi ini, sebanyak 41 banduan yang sedang menjalani hukuman akibat kesalahan berkaitan dadah disahkan maut.

Blok kelas 1 itu menempatkan 122 banduan.

Pihak bomba, polis dan tentera Indonesia masih melakukan kerja-kerja membawa banduan yang cedera ke hospital, dan memindahkan banduan-banduan blok lain, ke tempat yang selamat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru