Sunday, September 19, 2021

Kepala budak 8 tahun tersangkut di siling rumah

Mesti baca

PUDING: Seorang kanak-kanak menyebabkan ibu bapanya berada dalam keadaan histeria selepas melihat “bola rambut” yang menakutkan di siling rumah mereka.

Kanak-kanak itu dikatakan menemui lubang kecil di ruang tamu tingkat satu rumah mereka di daerah Puding di Guizhou, China.

Lubang itu ditebuk untuk pemasangan ventilasi kipas.

Gadis itu tidak tahu kipas itu akan diletakkan di situ dan dia memasukkan kepala di dalamnya.

Sebaik sahaja memasukkan kepalanya di lubang itu, dia menyedari kepalanya tersekat dan tidak dapat mengeluarkannya semula.

Ibu bapanya menghubungi bomba untuk mengeluarkan anak mereka.

Ketika kru bomba sampai di rumah, mereka turut tersentap melihat kepala “menakutkan” yang dilitupi rambut panjang tergantung di siling.

Mereka cuba menolak kepalanya keluar dan apabila gagal berbuat demikian menggunakan playar membesarkan lubang tersebut, namun cubaan itu juga gagal.

Akhirnya mereka melumurkan kepala kanak-kanak itu dengan minyak dan dia berjaya dikeluarkan dari situ. Menurut Arynews, sebuah video berkaitan usaha menyelamat kanak-kanak itu tular di media sosial dan netizen mengatakan ia kelihatan seperti adegan filem seram.

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru