Sunday, September 19, 2021

Penganalisis politik: Pelantikan Muhyiddin jangan dijadikan isu

Mesti baca

KUCHING: Lantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara  (MPN) tidak seharusnya dijadikan sebagai satu isu untuk merendah-rendahkan sesiapa, apatah lagi bila ia telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid, pelantikan itu bukan dibuat secara sendirian oleh Ismail Sabri tetapi secara kolektif oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu.

u tida“Oleh itu, lantikan ini ika mahu dikatakan bahawa dengan sebab lantikan sebagai Pengerusi MPN ini maka Ismail Sabri akan menjadi boneka kepada Muhyiddin maka ia adalah satu pembohongan pada siang hari, “Katanya dalam satu kenyataan.

“Ini kerana walaupun lantikan sebagai Pengerusi MPN ini menjadikan Muhyiddin bertaraf Menteri tetapi beliak dilibatkan dalam proses pembuatan keputusan oleh Jemaah Menteri.,” jelasnya

Katanya, begitu juga jika mahu dikatakan bahawa dengan sebab lantikan sebagai Pengerusi MPN ini maka akan banyak dana kerajaan terbazir untuk membayar gaji Muhyiddin yang merupakan satu kepalsuan.

“Ini kerana Muhyiddin sendiri sejak awal lagi telah menyebut sewaktu menerima pelantikan ini bahawa beliau akan menjalankan tugas secara sukarela tanpa apa-apa imbuhan.

Muhyiddin juga sedar bahawa beliau hanya akan berperanan membantu Ismail Sabri membawa Malaysia melalui fasa-fasa pemulihan sepertimana yang telah digariskan dalam PPN,” katanya.

Akhirnya, ujarnya,  lantikan ini juga ialah cerminan kepada prinsip kebersamaan Ismail Sabri dan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan semua pihak agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Perlu diingat bahawa keputusan MPN bukanlah dibuat oleh Muhyiddin sendiri kerana ia juga dianggotai oleh wakil-wakil dari sektor swasta, pakar industri, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru