Sunday, September 19, 2021

Kerajaan akan terus laksanakan dasar mesra pelabur

Mesti baca

KUCHING: Presiden MCA Datuk Seri Wee ka Siong  berkata kerajaan sentiasa mendengar suara semua pihak dan berusaha mencapai kesimbangan antara kesihatan, masyarakat dan ekonomi, melalui pengumuman Belanjawan 2022 yang komprehensif dan inklusif, selari dengan semangat Keluarga Malaysia demi membawa manfaat kepada negara dan rakyat

Kata beliau yang juga Menteri Pengangkutan melalui satu hantaran di Facebooknya,  kerajaan akan meneruskan pemantauan terhadap pembangunan pasaran, melaksanakan dasar mesra pelabur asing dan membantu dalam pemulihan serta merangsang industri tempatan.

Ka Siong yang juga ahli parlimen Air Hitam  berkata demikian selepas mengadakan perbincangan secara maya bersama Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), pada Selasa.

Jelasnya, ACCCIM telah mencadangkan kepada kerajaan supaya tidak hanya memberi tumpuan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN), tetapi juga perlu menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk menangani pandemik Covid-19.

“Kerajaan juga digesa supaya lebih telus dan menyediakan statistik yang berkenaan, menambahbaik sistem kesihatan negara serta memperkukuhkan kemampuan negara untuk menghadapi pandemik.

“Menyentuh ekonomi domestik, kerajaan dicadangkan agar memperkenalkan pelbagai subsidi atau bantuan; pengurangan dan pengecualian cukai bagi meringankan beban rakyat dan perusahaan; serta lain-lain lagi,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru